Kursus Digital Literacy 'Train the Trainer' Maxis eKelas bersama Google dan Pusat Internet Maxis - Sesi Pengurus
4 September 2018 | Aktiviti TerkiniProgram ini diadakan dengan usahasama pihak Pehubungan Koporat Maxis (CA Maxis) dan Google Asia yang memberi latihan serta modul keselamatan digital berkaitan penggunaan internet sebagai medium yang selamat untuk diakses serta kepentingan melindungi dan menjaga hak privasi dalam dunia digital. Program ini diadakan dengan usahasama pihak Pehubungan Koporat Maxis (CA Maxis) dan Google Asia yang memberi latihan serta modul keselamatan digital berkaitan penggunaan internet sebagai medium yang selamat untuk diakses serta kepentingan melindungi dan menjaga hak privasi dalam dunia digital. Modul disampaikan oleh trainer bertauliah dari Google Asia. Fokus utama program ini adalah untuk memberikan para pengurus pendedahan dan bagaimana untuk mengaplikasikan penggunaan internet secara selamat dan bijak untuk disampaikan kepada komuniti masing-masing terutama pelajar-pelajar ekelas. Seramai 59 orang pengurus di bawah naugan Maxis telah menyertai program ini. Antara kebaikan yang diperolehi:
- Peserta dapat mempelajari bagaimana untuk menjaga dan melindungi data peribadi di internet
- Peserta diberi pendedahan tentang pentingnya menggunakan kata kunci yang sukar untuk digodam oleh scammer/hacker
- Peserta dapat mengenalpasti serta membezakan maklumat – maklumat yang palsu mahupun benar dengan menggunakan beberapa teknik yang diajar untuk menentukan kesahihan maklumat.
- Peserta mendapat kesedaran untuk menjadi seorang pengguna Internet yang bijak dan berpengetahuan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: