Kelas Asas Microsoft Kumpulan 2 Pelajar Tingkatan 1 - 3 - Siri 2
6 Oktober 2018| Aktiviti TerkiniKelas ini diadakan di atas permintaan para pelajar yang ingin mempelajari asas Microsoft Office seperti Excel, Word dan PowerPoint bagi tujuan penyediaan kertas- kertas projek di sekolah serta beberapa subjek yang memerlukan pengggunaan ICT dalam kerja sekolah. Oleh itu, kelas ini diadakan secara berkala mengikut kesesuaian waktu dan permintaan pelajar sendiri. Seramai 10 orang pelajar telah menghadiri kelas pada petang ini. Ini adalah siri pertama bagi kumpulan 2 pelajar sekolah menengah tingkatan 1-3. Pelajar diberi pendedahan tentang asas aplikasi Microsoft seperti Word, Excel & PowerPoint.
Aplikasi ini boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran di sekolah seperti menaip surat, laporan, membuat graf serta membuat pembentangan dengan lebih berkesan. Untuk sesi pertama ini, pelajar di ajar mengenai asas Microsoft Word terlebih dahulu sebagai medium bagi penyediaan surat dan laporan. Antara kelebihan kelas ini ialah dapat memperkenalkan kepada para pelajar asas Microsoft Office dan bagaimana menggunakan aplikasi di dalamnya untuk pelbagai tujuan seperti penuliasan laporan, surat, graf, carta dan sebagainya
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: