Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan bersama Pelajar Berusia 13 Tahun - 17 Tahun (Kuiz Negaraku)
29 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini diadakan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang diadakan di peringkat Pusat Internet bagi memupuk semangat cintakan negaran serta menghargai jasa pemimpin terdahulu yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan di samping menguatkan lagi semangat jati diri dalam diri pelajar- pelajar ini. Oleh yang demikian petugas Pusat Internet telah mengambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti berkaitan merdeka dengan menggunakan kemudahan Internet. Bagi kumpulan pelajar sekolah menegah ini, aktiviti yang diajalankan adalah kuiz negaraku bedsarkan tayangan video patriotrik dan sedutan filen “Tanda Putera” serta “Hati Malaya 1957”. Pelajar harus menjawab soalan kuiz bedasarkan video – video tersebut dan diberi kelonggoran untuk menggunakan Internet bagi mendapatkan info tambahan berkaitan soalan yang dijawab. Antara kebaikan aktiviti ini adalah :
- Memupuk semangat cintakan negara
- Menghargai jasa pemimpin terdahulu dalam usaha mencapai kemerdekaan bagi negara kita.
- Menanam sikap jati diri dalam diri terutama terhadap tanggungjawab sebagai rakyat kepada negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: