Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan bersama Pelajar Berusia 7 Tahun - 12 Tahun (Kuiz Negaraku, Nyanyian Negaraku & Slogan)
30 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini diadakan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang diadakan di peringkat Pusat Internet bagi memupuk semangat cintakan negaran serta menghargai jasa pemimpin terdahulu yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan di samping menguatkan lagi semangat jati diri dalam diri pelajar- pelajar ini. Aktiviti ini diadakan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan bulan Ogos di peringkat PPR Pinggiran Bukit Jalil. Oleh yang demikian petugas Pusat Internet telah mengambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti berkaitan merdeka dengan menggunakan kemudahan Internet. Bagi kumpulan pelajar sekolah rendah ini, aktiviti yang diajalankan adalah kuiz negaraku bedsarkan tayangan video patriotrik. Pelajar harus menjawab soalan kuiz bedasarkan video – video tersebut dan diberi kelonggoran untuk menggunakan Internet bagi mendapatkan info tambahan berkaitan soalan yang dijawab. Turut diselitkan adalah acara nyanyian lagu negaraku dan mengibarkan jalur gemilang srta melaungkan slogan patriotic dengan bersemangat. Antara kebaikan :
- Memupuk semangat cintakan negara
- Menghargai jasa pemimpin terdahulu dalam usaha mencapai kemerdekaan bagi negara kita.
- Menanam sikap jati diri dalam diri terutama terhadap tanggungjawab sebagai rakyat kepada negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: