Kelas Asas Microsoft Excel
17 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ini diadakan di atas permintaan seorang pelajar berbangsa India yang ingin mempelajari asas Microsoft Office Excel bagi tujuan penyediaan kertas- kertas projek di kolej serta beberapa subjek yang memerlukan pengggunaan ICT dalam kerja – kerja di kolej nya. Oleh itu, kelas ini diadakan secara berkala mengikut kesesuaian waktu dan permintaan pelajar sendiri. Thanushini telah meminta kepada staf PI untuk menunjuk ajar beliau asas Microsoft Excel kerana beliau sebagai pelajar kolej banyak menggunakan aplikasi tersebut untuk tugasan- tugasan di kolejnya.
Oleh yang demikian, staf PI iaitu Penolong Pengurus telah memberi latihan intensif kepada beliau secara terperinci mengenai Excel. Kelas serta sesi pembelajaran beliau akan diadakan secara berkala.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: